cinta..
aku bermain cinta lagi. ya Allah!. apa perlu di ulang lagi kisah yg lama itu? mengapa? bagaimana? perlukah?
aku. gadis yang telah bernoda dengan dosa sebelum aku mengambil keputusan untuk jujur terhadap Allah dan diriku. aku mahu yang benar!
aku. insan yang tidak mengenal erti Islam yang sebenar lantaran aku bukan beragama islam.tetapi jujur ku akui .. Allah itu wujud!
tahun 2012.
`kringgg~!!!`
habib sedang berjalan di koridor sekolah. melewati seorang gadis yang bertudung labuh dan dengan kulit hitam manis. dia menoleh kali kedua setelah dia melihat gadis itu sekali imbas.
`ayu!` bisik hatinya
namun riak wajah gadis itu yang sombong dan dingin membatalkan hasratnya untuk menatap wajah gadis itu berterusan.
`ah! lupakan saja` bisik hati itu lagi.
sakinah memulakan sesi persekolahan yang baru itu dengan bersahaja. dia bukanlah gadis yang dulu lagi. matanya meliar melihat sekeliling sekolahnya itu.
`ah! sekolah yang menggugat rasa.` keluh hatinya. gagal mendapatkan tawaran untuk melanjut pelajaran di Sekolah Berasrama Penuh menyebabkan dia terperuk di sekolah itu. ia sungguh menjeruk perasaan. terasa kesal kerana tidak berusaha bersungguh-sungguh tika Penilaian Menengah Rendah dahulu. `padan muka!` bidas hatinya.
Sekolah Menengah Kebangsaan Rampaian Permai benar-benar menggugat perasaannya. berbagai pengalaman telah dia tempuhi di sini. `hmm. bilalah aku boleh lepaskan diri` keluhnya lagi.
*******
pembahagian kelas buat tingkatan empat terasa begitu lambat sekali. para pelajar perlu diberi taklimat terdahulu seolah-olah minggu orientasi. `hmm. bosan.` keluh hati dua insan.
loceng sekolah berbunyi tanda sudah tiba waktu pulang. sakinah tergesa-gesa menuju ke tempat meletak basikal. tanpa sengaja dia terlanggar seorang budak lelaki yang kebetulan sedang membongkok membetulkan tali kasutnya. `aduh!` jerit hati habib. sakinah yang menyedari kesilapannya itu segera meminta maaf.
`maaf! maaf! maaf! saya tak sengaja. awak tak apa-apa?`
habib yang mendengar suara itu segera mengangkat kepala untuk melihat siapa dan terpegun. `gadis itu!`
`ya. ya. saya tidak apa-apa.` habib segera menjawab pertanyaan gadis itu. mujur lamunannya tidak panjang.
sakinah pula segera menatap budak lelaki itu dengan penuh perasaan bersalah.
`betul ni? maafkan saya tau. minta diri` sakinah segera ingin berlalu dari situ. `buat apa mahu berlama-lama dengan yang tidak dikenali` bisik hatinya.
habib hanya mendiamkan diri. mengangguk tidak,menggeleng bukan. hanya mengikut lenggok gadis yang beru melanggarnya tadi.
No comments:
Post a Comment