brckp tntg rokok,sye trkngkn saudra2sye…..mreka antra org2 yg mghsap rkokbyk kali sye mmbuat tgurn tntg bhayanyrkok tp mreka wat xendah je lme2 sye yggram n asl nmpk depa mrokok je sye trusor jauhkn dri..btapa lmhny sye hattasaudara sndri pon xleh tgur tp sye ttpmnghrpkn 1 hri nnt mreka akn brhnt mrokok jga..amin"
ana terlihat comment ini dr seorg pgunjung dlm blog seseorg semasa ana blogwalking..
dan jwpn ny pun tdk kurg hebat juga.
" Menjauhkan diri itu adalah satu kesilapan. Dakwah tidak kenal putus asa.
Kena usaha lagi. Fikirkan dengan kreatif cara-cara lain untuk menyedarkan mereka semua."
ya ana tdk nafi kn.. krn dlm bdakwah,kita tk boleh putus asa. kita kena sering terus menerus mjd seorg da'ie yg sntiasa mjaga niat^^
oki2. kembali kpd tjuan ana.. ble bce pndpt dn respon itu an,ana teringat suatu cerita tntg sahabat Nabi Muhammad,Abdullah bin Mughafal dgn ank saudara ny.. huhu~
Abdullah bin Mughafal termasuk dlm golongan sahabat Nabi Muhammad.
beliau berpegang teguh pada ajaran yang disampaikan oleh Nabi Muhammad dan menggunakan ilmu yang disampaikan oleh beliau dalam kehidupan sehariannya.
pada suatu hari,anak saudara Abdullah bin Mughafal bermain di luar rumah. semasa anak saudaranya asyik bermain,Abdullah ternampak anak saudaranya cuba melastik seekor burung.
"siapa yang mengajar anak saudara saya melastik burung ini?" bisik Abdullah bin Mughafal seorang diri.
anak saudaranya asyik bermain lastik itu. tidak henti-henti dia melastik burung yang hinggap di atas pokok yang terdapat di kawasan itu.
kemudian Abdullah datang menghampiri anak saudaranya yang bermain itu. beliau berkata kepada anak saudaranya, "berhentilah bermain permainan ini. carilah permainan yang lebih baik daripada melastik. Nabi Muhammad tidak suka orang yang bermain permainan ini"
anak saudaranya menjawab, "salahkah saya bermaain permainan ini? saya suka permainan ini."
"kamu tidak boleh melastik burung sesuka hati kamu. burung ini makhluk Allah juga." kata bapa saudaranya itu.
"kasihanlah kepada burung itu. ia baru sahaja mendapat anak. cuba kamu lihat sarang burung itu" kata Abdullah sambil menunjukkan ke arah sarang burung itu.
"anak-anak burung itu menunggu ibunya di sarang. ibunya mencari makanan bagi anak-anaknya. sekiranya ibu burung itu mati semasa mencari makanan,bagaimanakah anak-anaknya yang masih kecil itu mahu makan? mahukah kamu melihat anak-anak burung itu mati kelaparan?"
Abdullah bin Mughafal cuba mengalihkan perhatian anak saudaranya itu daripada terus melastik burung.
anak saudaranya yang masih kecil tidak mengendahkan kata-kata Abdullah. dia terus melantunkan batu kecil ke arah burung itu.
Abdullah bin Mughafal berkata lagi, "Nabi Muhammad melarang kita bermain permainan ini. malah,melastik burung juga adalah kesalahan. kamu menyeksa burung itu kerana ia tidak akan mati hanya dengan permainan ini. sekiranya terkena mata orang lain,matanya boleh jadi buta. sekiranya terkena gigi orang lain,giginya boleh patah"
anak kecil itu mendengar penjelasan Abdullah. oleh kerana takut diperhatikan oleh bapa saudaranya,dia berhenti seketika daripada bermain. kemudian Abdullah bin Mughafal berlalu meninggalkan anak saudaranya seorang diri..
antum.. n3 kali ni panjang lh pula. jd ana akn sambung pada part kdua ye ^^
No comments:
Post a Comment