27 Nov 2011

coretanku buatNy..


di saat aku melayani persoalan bahawa aku tidak sesuai denganmu,kau hadir lalu berkata kau sayangkan aku..
namun tatkala aku ingin memiliki keindahanmu,kau akan menyimpannya dengan dalam lalu beralihkn diri..membuatkan aku berterusan mengejarmu..
mengapa kau hadir untuk menyelamatkanku..apabila datang bahaya,tapi tidak akui apabila aku bertanya..membuatkan aku berterusan berpaut meminta pertolongan padamu tiap-tiap nafas dan debar jantungku..
kau telah menjadikan dirimu sebagai satu-satunya kehendakku..apabila kau tiada di sisi ini,apakah maknanya diriku ini..
dengan jatuh cinta kepada engkau,aku telah menjadi seorang pengecut pada keindahan dunia..dengan jatuh cinta kepada engkau,aku telah menjadi aku..
mengapa apabila kehilanganmu,baru ku sedar..bahawa aku amat memerlukan dirimu sebagai penunjuk arah hidupku..
kau telah membuatkan aku sukakan kau secara menyeluruh..termasuk jua diriku sendiri..
meskipun hanya sering berbicara di tikar ku itu,namun inilah faktor pengantaraan kita berdua..
manusia lazimnya akan menjalani sesuatu perkara tanpa mengikut harapan sendiri..namun mengapa aku berasa hanya mahu menaruh seluruh harapanku dan hidupku padamu..
disayangimu dan mencintaimu,mungkinkah terkandung dugaan yang terasa berat dipikul oleh ku untukku harungi..atau terkandung pelbagai kemanisan yang tidak terucap setelah berjaya ku tempuhi..
harap-harap kau berada di salah satu sudut di dunia ini..menerima perasaanku yang sedang beterbangan di langit..serta diriku yang lemah ini..

No comments:

Post a Comment